Skincare : Cleansing Oil Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing
Assalamualaikum
Kebanyakan orang Korea suka mengamalkan rutin skincare mereka bermula dengan cleansing oil. Pada yang masih belum tahu dan masih tidak pasti adakah cleansing oil sangat membantu dalam rutin skincare? jawapannya 100% membantu khususnya golongan wanita yang suka memakai make up. Apabila pori-pori tersumbat dan dipenuhi dengan ingredient daripada produk make up yang heavy, kebarangkalian untuk tumbuh jerawat sangat tinggi. Jangan terlepas pandang juga ye, lelaki juga perlu menggunakan cleansing oil atas sebab mahu membersihkan dirt dan sunblock residue di malam hari sebelum menggunakan daily face cleanser. Hence, cleansing oil adalah jawapan khusus selain memakai micellar water. Review kali ini saya nak memperkenalkan cleansing oil buatan Jepun yang tersangatlah mudah dijumpai di drugstore seperti Guardian dan Watson.
Bercerita tentang saiz, agak lumayan sebenarnya sebab cleansing oil ni datang dalam kuantiti botol bersaiz 200ml. Walaupun sedikit mahal (RM57.90), tapi masih berbaloi untuk dibeli. Kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh refer pada gambar di bawah ini untuk description, cara penggunaan dan ingredients :
![]() |
sumber rujukan : http://www.watsons.com.my/ |
Menurut review saya, korang hanya perlu pump dalam 2 kali sahaja. Amount tu sudah cukup untuk apply ke seluruh muka. Ambillah masa untuk massage kulit muka dan selepas tu jangan terus dibilas. Korang perlu emulsify dengan menggunakan air biasa sahaja supaya minyak tersebut boleh larut dan bertukar kepada milky liquid. Cuci muka dengan bersih sampai tiada residue yang tertinggal. After cuci, korang akan discover yang kulit korang lembut dan segar. Teknik double cleansing ni menurut saya, kalau perempuan bolehlah diamalkan pada setiap hari pada night time skincare routine manakala lelaki selang sehari. Mostly lelaki memang menghasilkan sebum/minyak pada kulit lebih tinggi berbanding wanita. Jadi, tidak disarankan untuk apply hari-hari. Sesudah itu, korang boleh mula dengan facial cleanser yang mild. Serius korang akan dapat rasa perbezaannya nanti.
Rating saya : 4/5
Selamat mencuba
Comments