Skincare : Double Cleansing, Perlu Atau Tidak?
Assalamualaikum Rata-rata hari ini mencari solusi untuk memiliki kulit yang bersih dan sihat. Ada yang beranggapan untuk menjaga kulit memerlukan modal yang besar dan product-product yang high end untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Tanggapan ini sebenarnya salah. Korang boleh juga mendapatkan produk bersesuaian di drugstore seperti Watson dan Guardian. Berbalik kepada topik asal, double cleansing perlu atau tidak dalam rutin skincare? jawapannya ialah Ya! sumber : https://www.dermalogica.com/ Gambaran di atas lebih menjurus dan menjawab soalan sebenar mengapa kita perlu melakukan regime double cleansing. Double cleansing merujuk kepada rutin pembersihan dua kali iaitu dimulai dengan cleansing oil dan disusuli dengan daily facial cleanser . Bunyi macam remeh, tapi untuk hasil yang maksimum, ini adalah regime terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah pori-pori terbuka, kulit berminyak dan sesetengahnya berkulit kombinasi. Entri sebelumnya, saya ada membahaskan ten