Skincare : Double Cleansing, Perlu Atau Tidak?

Assalamualaikum

Rata-rata hari ini mencari solusi untuk memiliki kulit yang bersih dan sihat. Ada yang beranggapan untuk menjaga kulit memerlukan modal yang besar dan product-product yang high end untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Tanggapan ini sebenarnya salah. Korang boleh juga mendapatkan produk bersesuaian di drugstore seperti Watson dan Guardian. Berbalik kepada topik asal, double cleansing perlu atau tidak dalam rutin skincare? jawapannya ialah Ya!

sumber : https://www.dermalogica.com/

Gambaran di atas lebih menjurus dan menjawab soalan sebenar mengapa kita perlu melakukan  regime double cleansing. Double cleansing merujuk kepada rutin pembersihan dua kali iaitu dimulai dengan cleansing oil dan disusuli dengan daily facial cleanser. Bunyi macam remeh, tapi untuk hasil yang maksimum, ini adalah regime terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah pori-pori terbuka, kulit berminyak dan sesetengahnya berkulit kombinasi. Entri sebelumnya, saya ada membahaskan tentang produk Hada Labo Cleansing Oil Super Hyaluronic Acid Mosturizing yang merupakan salah satu contoh cleansing oil yang worth to buy. Ada juga produk pasaran yang mengetengahkan produk dalam bentuk balm. Cuma saya lebih suka commited dengan sesuatu product untuk mendapatkan kesan yang diidamkan. Mudahnya, saya tidak suka "mix;try and error methode" dan menjadikan kulit saya sebagai "eksperimentasi" bagi mendapatkan sesuatu expectation result.

Masih kurang jelas? Ok ini penjelasannya. Cleansing oil boleh menembusi lapisan epidermis kulit  sekaligus membersihkan dirt, sunblock dan make up residue secara total manakala daily facial cleanser hanya membersihkan lapisan atas epidermis kulit sahaja. Biasa atau tidak kita tengok after cuci, once apply toner, ada residue yang masih melekat pada cotton pad? Yup, itu sebenarnya residue yang masih stick pada kulit dan perlu dibersihkan sebaiknya. Jika tidak, minyak/ sebum yang terperangkap dibawah kulit akan react dan mula meradang dalam bentuk redness/jerawat. Justeru, ramai yang bertanya, perlu atau tidak cleansing oil untuk lelaki pula? Jawapan saya masih sama dan Ya! sebab kotoran dan sunblock residue masih tersisa pada kulit. Jika anda tidak memakai sunblock juga anda masih memerlukan cleansing oil dalam amount yang sedikit untuk mencuci dirt setelah seharian melakukan outdoor activities.

Mahukan pembacaan lanjut? korang boleh surf 2 trusted website di bawah ini


Review recommend 4.5/5

Selamat mencuba!

Comments

Archive

Popular posts from this blog

Skincare : Cleansing Oil Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing

Introduction : Pengenalan Blog Review